Scroll untuk baca artikel
Headline

Denny JA Penerima Pertama Anugerah Sastra Kemanusiaan dan Diplomasi Asean

68
×

Denny JA Penerima Pertama Anugerah Sastra Kemanusiaan dan Diplomasi Asean

Sebarkan artikel ini
 

KOTA KINABALU|  Tokoh penulis besar lndonesia yang mengagaskan soal masyarakat tanpa diskriminasi melalui puisi esei telah dipilih dan diumumkan sebagai penerima pertama Anugerah Kemanusiaan dan Diplomasi ASEAN yang mula diperkenalkan di Sabah tahun ini, kata Datuk Jasni MATLANI, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kepada media di Kota Kinabalu semalam.

Katanya, anugerah itu sepatutnya disampaikan dalam satu majlis rasmi yang gilang gemilang oleh  Datuk Dr. Haji Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Sabah, di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada 20 Mac ini.

Bagaimana pun majlis rasmi penganugerahan itu terpaksa ditangguhkan buat sementara kerana larangan penganjuran sebarang aktiviti dan Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan berikutan penularan virus COVID 19 yang semakin berleluasa dan kritikal di Malaysia.

“Namun kita sudah mengumumkan nama tokoh penerima anugerah berkenaan iaitu Bapak Denny JA kerana karisma dan sumbangan besar beliau terhadap dunia sastera melalui gagasan kemanusiaan tanpa diskriminasi terutama dalam puisi esei yang beliau pelopori di Indonesia dan kini berkembang baik merentas sempadan demografi dan geografi bukan sahaja di Indonesia, tetapi di peringkat ASEAN,”katanya.

Jasni yang juga merupakan pengerusi pelaksana anugerah itu berkata, anugerah itu diwujudkan atas kesedaran perlunya satu anugerah sastera berkaitan kemanusiaan dan diplomasi yang bertaraf ASEAN diwujudkan di Sabah setaraf anugerah SEA Write di Thailand sebagai menghargai sumbangan penulis yang berjasa dalam bidang sastera dan komitmennya terhadap nilai-nilai kemanusiaan tanpa diskriminasi dan diplomasi ASEAN.

“Anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada usaha pelbagai pihak termasuk kerajaan dalam menjadikan negeri Sabah sebagai dataran sastera dan budaya yang penting di rantau ASEAN ini. Kita juga mahu menjadikan anugerah ini sebagai mercu tanda dan komitmen kita dalam mengangkat martabat dan sumbangan penulis terhadap kemanusiaan melalui bidang penulisan.” katanya.

READ  Jam Komandan, Danrem 162/WB Berikan Support Dan Atensi Kepada Prajurit Yonif 742/SWY Agar Tidak Mudah Terprovokasi Dan Menjadi Prajurit Profesional

Menurutnya lagi, anugerah ini akan diadakan secara berterusan oleh Badan BAHASA pada tahun akan datang dengan dokongan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang turut prihatin terhadap perkembangan bidang penulisan di Sabah.

“Saya bagi pihak Badan BAHASA dan urusetia anugerah ini di Sabah, mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd . Shafie Haji Apdal, di atas sokongan dan bantuan kerajaan negeri dari segi dana bagi membolehkan anugerah ini diwujudkan dan juga sokongan terhadap pelbagai program sastera berimpak tinggi yang berkaitan dengan faktor kemanusiaan dan hubungan yang baik melalui sastera dan budaya merentas ASEAN.”  katanya.

Kata Jasni lagi, acara rasmi penyampaian anugerah ini akan diteruskan dalam tempoh terdekat dalam suasana yang penuh prestij  pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian sebaik-baik saja negara pulih sepenuhnya daripada bahana wabak pendemik Virus COVID 19.**

www.lombokfokus.com
Berlangganan Yes No thanks